Soalan-soalan lazim

Soalan 1: Badan saya kurus sangat, apa saya nak buat dulu ek?
Jawapan: Boleh ambil mass gainer atau weight gainer sebagai supplement untuk buat workout. Bukan ambil protein. Protein untuk orang yang dah besar dan sebagai supplement untuk memperbaiki kecederaan otot dengan cepat dan juga membantu membesarkan otot tapi ia tak berkesan untuk orang kurus.

Soalan 2: Ambil weight gainer dan tunggu sampai badan besar dulu ke baru buat workout?
Jawapan: Tak. weight gainer harus diambil disertakan dengan workout. Kalau tak badan anda takkan naik.

Soalan 3: Berapa kali saya kena pegi gym dalam seminggu?
Jawapan: Bergantung kepada masa terluang anda. Tapi sekurang-kurangnya 3kali seminggu dan 1-2 jam setiap sesi. 4kali seminggu juga ok, 5 kali seminggu juga ok.

Soalan 4: Boleh ke pegi gym waktu malam? Tak bahaya ke?
Jawapan: Jika anda sudah terbiasa membuat latihan malam, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan buruk. Tapi jika anda tidak pernah membuat latihan langsung, anda boleh mulakan latihan waktu malam but slowly. Malam pulak, bukan malam-malam buta. Dalam pukul 8 malam -10 malam ok la.

Soalan 5: Kat mana ek saya nak dapatkan supplement?
Jawapan: Kami ada menjualnya tapi anda kena tempah dulu. Kami tidak menyimpan stok yang banyak. Selain itu, kalau macam kat Sunway Piramid, East Cost Mall, ada kedai GNC. Takpun, cuba search dalam internet.

Soalan 6: E-book tu apa?
Jawapan: E-book adalah buku digital ataupun Electronic Book dalam bentuk file  contohnya pdf. Jangan pulak lepas buat pembayaran, anda tunggu buku sampai kat rumah anda...memang takkan sampai sebabnya saya hanya memberikan link download melalui emel dan hanya perlu download melalui link tersebut.

Soalan 7: Supplement ini dan itu HALAL ke tak?
Jawapan: Memang orang islam patut selidiki samada ianya halal atau tidak sebelum mengambilnya. Pengalaman saya sendiri ke kedai GNC Sunway Piramid dimana saya telah bertanya kepada jurujual tersebut dan dia menunjukkan kepada saya sijil halal untuk beberapa brand terkenal. Jadi jika anda ke outlet-outlet yang sah, anda sendiri boleh melihat sijil-sijil halal ini. Memang tanda halal takkan print pada botol sebab ia dikilangkan di luar negara. Tapi saya tak pasti samada semua brand produk binabadan ni halal. Insyaallah saya akan cuba dapatkan info berkenaan.